Friday, September 13, 2013

Peratusan pengangguran graduan Malaysia

Secara rasmi hari ni aku start balik berblogging semula. semua setting kat blog ni semua aku kena reset balik. domain kene setup balik. keyword seo kene setting balik, follower pon aku tak dapat retrieve balik. kiranya yang berkenaan dengan blog yang perlu diupdate aku kene update semula. termasuk laa design baru blog ni yang terpampang kat screen korang ni. buat sedap mata memandang jek. heheh

kalau ikut kiraan kalendar dan kiraan logik akal aku dah dekat 2 tahun aku tinggalkan blogging. bukan faktor masa jek halang aku nak berblogging ni. faktor kebuntuan kesibukan dan kemalasan pon main peranan...dalam masa 2 tahun macam-macam benda dah berlaku kat diri aku, kat negara aku, dan kat negeri aku ni. sebelum ni aku rajin update entri pon pasal masih belajar lagi. banyak masa terluang aku boleh abeskan kat blog. tapi sekarang dah keje ni bukan nak cakap tak ade masa. tapi faktor otak aku belah kiri ngan kanan ni sibuk kerah idea untuk design kat tempat keje. sape yang kerja sebagai designer faham laa camne.

boleh dikatakan sejak aku habis belajar 2 tahun dulu hidup aku sebagai student yang banyak masa gaming, goyang kaki, tidur, surf internet terpaksa aku tinggalkan oleh sebab fasa hidup baru aku kene mulakan. habis praktikal aku start usaha cari kerja, malas dah nak buang masa rehat2 dulu lepak2. nanti bila dah buat camtu confirm terus terbiasa jadi malas nak keje.


ramai student anggap kononnya bila korang dah bergelar graduan dah boleh demand gaji dengan bakal majikan. tu yang ramai masih mengganggur bukan sebab tak dapat keje. tapi memilih nak yang bergaji besar. ingatlah zaman sekarang sijil diploma/ijazah korang tu nilainye kecik jek nak dibandingkan pengalaman kerja. majikan sekarang cuma perlukan skill korang bekerja dan pengalaman korang kerja jek. mana datang skill tu?? datangnya dari ilmu yang korang belajar dulu laa. sijil korang tu cuma sehelai kertas menandakan korang dah tamat belajar. yang paling penting  camna korang praktikkan ilmu yang korang dapat masa belajar tu.

bila pengalaman kerja tu dah cukup barulah korang boleh demand sikit gaji. jangan fikir pelajaran tinggi boleh jamin masa depan korang yang cemerlang gemilang dan terbilang. even yang cuma ada SPM jek pon boleh berjaya dan lebih selesa hidup diorang oleh sebab diorang sedar dengan kelulusan camtu tak boleh menjamin diorang untuk dapat karier yang baik. tapi dengan kemampuan diorang untuk berusaha dan cekal kerja apa pon lama kelamaan rezeki diorang bertambah. Allah tu maha adil. semuanya bergantung kat usaha korang sendiri. jangan ego dengan kelulusan yang korang ada. beranikan diri cari pengalaman kerja sebarang bidang. letakkan rasa tanggungjawab kat dalam diri sendiri.

punca aku tulis entri macam ni ialah sebab statistik peratusan graduan yang menganggur kat Malaysia ni ialah sebanyak 77%. tinggi tuu. kerajaan dah buat bermacam cara buka peluang untuk graduan cari kerja. korang cuma perlu cari insiatif korang sendiri jek untuk kembangkan lagi kemahiran korang.

p/s : usaha tangga kejayaan!

Wednesday, February 22, 2012

Kategori facebooker yang sering kita lihat

kita sedia maklum teknologi semakin pesat membangun..selang setiap bulan teknologi baru akan keluar..kita sebagai manusia yang bertuah dapat laa merasa teknologi-teknologi baru yang dihasilkan..zaman IT mula berkembang pesat..manusia berlumba-lumba mendapatkan perkakasan komputer, canggih atau tidak itu tidak menjadi penghalang..ini kerana kita mudah terpengaruh dengan persekitaran yang seolah2 menghasut kita mengikuti kehendak diluar batasan kita..kita mudah terikut-ikut dengan trend yang seakan-akan mahu menjerumus kita ke arah kerugian..jika dibandingkan zaman hitam putih dahulu dengan sekarang..jauuuhhh sangat perbezaannya..bukan kerana perubahan teknologi..tetapi kerana perubahan mentaliti manusia..

Jika dahulu manusia berkomunikasi menggunakan surat atau paling canggih sekalipun telefon..tetapi sekarang sangat laa mudah kite nak berkomunikasi antara satu sama lain..tiada lagi batas jarak komunikasi..zaman sedia canggih..peralatan sedia canggih..alam maya menjadi penghubung..tersedianya internet bukanlah hanya satu contoh berkomunikasi..namun internet seolah keajaiban bagi manusia zaman sekarang..segalanya tersedia melalui internet..


FACEBOOK...dusta belaka jika dikatakan ada yang tidak mengenali facebook..hampir setiap orang mempunyai satu akaun..bagi yang terlebih popular satu facebook seakan tidak mencukupi..setiap hari aku online facebook..setiap hari aku perhati status yang di update..ada yang sedang marah..ada yang sedang bahagia..ada yang sedang merapu..macam2 lagi lah..so kat sini aku nak rungkaikan kategori facebooker yang aku dapat perhatikan setiap hari..

Kategori merapu :
mungkin korang ada rakan facebook yang macam ni..update status yang entah bukan2..maksud aku ialah update yang takde kene mengena ngan kita dan sekadar nak berlawak bodoh..sebagai contoh "sedang berak di rumah ali"..ok sekarang ni aku nak tanye..korang dah baca status tu korang nak watpe??korang nak like status tu?? =.=" or korang nak komen camni "taik cair ke keras?".. :|

Kategori meroyan :
yang ni aku agak pelik sikit..ye mungkin ko sedang hangin satu badan dan tak tau nak luah kat mane..tapi ape pasal nak luah kat facebook juga? maki hamun dihambur entah untuk sape buat orang lain yang membaca terasa..haa! contohnye camni "ah sial la ko cheebye! facebook aku suke aty aku la! pegi mampo$ la!" ok meluat tak bila korang baca status camni?? adakah korang akan like status camni so orang lain akan ingat status ni dituju kat ko..atau ko nak komen camni "tu la pasal, taw takpe" padahal status tu dituju untuk ko sendiri..

Kategori beriye-iye bahagia :
ok kategori ni tak boleh disangkal..kadang2 aku pon camtu gak..dah bahagia takkan nak senyap lak XD..tapi satu yang bagi aku persoalan ialah bila status yang diupdate camni "abang syg ayang lebih dari segalanya, ayang jangan buat abang keciwa yee, luv u forever and ever"..sory to say aku geli membacanya..jiwang ko tak kene tempat..baik ko carik pokok toreh nama ko ngan kekasih hati ko tu..bila aku baca tersentuh gak macam tengok drama cinta..kelas ko marriaaa..

Kategori Post Link :
haihh yang ni jenis sukaaaa sangat nak sharing ape yang diorang tengok kat web..tapi satu yang jadik masalah ialah ape yang diorang post tu tak kene dengan situasi dan tak seswai langsung untuk di post pada umum..contohnya ialah link video yang tiba2 boleh buat orang sakit jantung oleh kerana tengah sedap layan video tak pasal2 keluar hantu yang bagi seeperrraaaiiiSSEEEE!!..kalau ibu yang mengandung tengok atau orang yang ada sakit jantung tengok kan dah memudaratkan..

Kategori Menyepi :
hahaha yang ni aku tak tau ape die buat agaknya..bila ditengok tiap masa online..tapi bile tengok kt profile die status bulan lepas punye..update ape pon tak de..=.=" tapi takpela bukan die kacau kite ponn..

Kategori Kaki like :
kalau la anugerah untuk kaki like terunggul kan bagus..so kaki2 like ni dapat laa pengiktirafan oleh kerana bakti mereka mengelike status kite..eventhough status kite entah merapu ape..dorang still like sebab dah memang tanggungjawab diorang untuk like..korang kene bangga ade facebooker camni kat fren korang sebab mereka lah akan muncul jika tiada siap yang like status korang tu..ffffuuuuuuuu~

masih banyak lagi kategori facebooker yang ada..terlampau banyak nak dirungkaikan..mungkin dilain hari kot :)

Tuesday, February 21, 2012

Kemaruk Pilihan Raya

Wahlawehhh lame betol tak ngupdate belog..sampai berdebu dah..banyak gak perubahan yang aku tengok kat belog2 orang laen..tapi yang pasti..domain roul.tk still leh gune lagi..ngeheeh sape kate domain ni tak bagos??! even lame xupdate pon domain ni still menanti untuk aku gunakan XD..

Satu lagi yang aku agak terkejut ialah perkhidmatan chat Shoutmix dah dibatalkan..aku dengan terpinga2 cuba laa carik kenapa dan apa punca..setelah melawat kat website depa..rupanya depa merasa kerugian yang amat besar sebab bagi pereee jek kat korang..nak diletak Ads dorang tak mau buat gitu..haihh terpulang laa..shoutmix xleh pakai Cbox still ade.. :))

Ok berbalik kepada tajuk utama "KEMARUK PILIHAN RAYA"..ramai kan yang sedia maklum bahawa pilihan raya sekarang sedang hangat berlangsung dan para dungu2 politik sekalian hebat memperkatakan tentang parti masing2..tanpa disedari puak yang minoritinya tidak memperdulikan langsung tentang hal politik mulai gemar mengikut segala perkembangan politik..sebab apa?? ini kerana mereka tertawa melihat ahli politik yang sesama bangsa berteriak sakan macam monyet mempertahankan kawasan..

bergaduh kerana kuasa bergaduh kerana duit fitnah dituju, kata kesat dilontar, rasuah diamalkan..itu semua isu yang sering kita dengar berkenaan dengan kePOLITIKan..bermacam video aku dah saksikan tentang isu politik..bermacam parti aku dah dengar..bermacam tohmahan mereka lontar..pernah ke diorang fikir camne nak jadi contoh kepada rakyat kalau diri sendiri tak betul..??

bila waktu pilihanraya menjelang..waktu itu laa gerombolan parti sibuk buat promosi bagaikan jualan murah..artikel diterbitkan, bendera dikibarkan, janji diperjuangkan, calon parti pula merancang cari golongan yang memerlukan dan hebahkan pertolongan mereka kepada golonga yang susah tersebut..phuii betul punya drama.. tapi..bila sudah terpilih............................

aku bukan prejudis terhadap sebarang parti yang berkempen..walhal aku sendiri belum berdaftar utk mengundi..sebab apa?? kerana otak aku serabut tengok monyet yang pandai berjanji tapi tak dikotakan..aku serabut tengok drama yang dorang pertontonkan..aku serabut tengok anak muda dipermainkan..sebagai contoh..sebelum waktu pilihanraya anak muda dianggap 'mat rempit' langsung tak menyumbang ape2..tapi..bila pilihan raya menjelang..anak muda diseru oleh gerombolan monyet politik agar bangun dan sertai mereka kerana mereka adalah masa depan negara..OPAH MU!

Tapi nilah realiti..yang bodoh akan diperbodohkan..yang pandai pon akan diperbodohkan..mahu tak mahu tanggungjawab mengundi harus dijalankan..kite memang dah terperangkap dengan politik sejak lahir lagi..bila keluarga kita mengundi A..kita pon terpaksa undi A..bukan sebab menuruti ape yang dilakukan orang tua kita..tapi kerana mentaliti kite yang terpaksa akur dengan persekitaran..

sini aku tempelkan video yang menarik minat aku..oleh Math Luthfi :)


p/s : aku suke dengan quote ni

"People should not be afraid of their governments.
Governments should be afraid of their people."

Monday, January 31, 2011

TEMPLATE ATAU BUATAN SENDIRI???


Ramai blogger sedia maklum bila ada blog mesti laa nak kena hias cantik-cantik ikut citarasa kan?? so masing-masing punya cara nak buat layout blog korang cantik menarik tertarik..bagi yang tak mahir nak melayan html/css/xml yang serba mengarut dan kusut tu pilihan utama diorang ialah download template yang tercantik..tak kita laa senang ke susah nak cari asalkan puas hati dengan hasilnya..

Bagi yang suka mendesign serta bergaul dengan segala coding mahupun meletak susunan ikot kemahuan sendiri mereka lebih suka menggunakan template basic yang disediakan blogspot dan mengubah coding serta rekaan semaksima yang mungkin..mungkin ia agak mengambil masa dan berisiko..tapi peduli apa kan, mesti korang akan cakap "blog aku, bukan blog korang"..berikut adalah kelebihan antara design template sendiri dan download template sedia ada..

Template Download

Tiada risiko
- takkan ade masalah punya dengan template download ni..dah pembangunnya suruh download kan..kalau ada masalah takkan diorang nak upload suka-suki..

Jimat masa
-korang dah tak payah nak explore coding satu persatu..terus jek..download then upload..kalau tak suke dengan hasilnya boleh cari lain..macam korang dah tak sayang awek korang mule laa menggedik kat shopping mall atau busstand untuk cari yang lebih fresh..(saya sayang kiki saya ye :D)

All in one
-kadang2 ada template yang kita download tu dah siap widget kat template tu..itu memang memudahkan kerja korang..selain tu header pon teros dimasokkan sekali..jadik tak payah laa korang nak bukak kedai gambar(photoshop) untuk design header korang..

Mesra "newbie"
-bagi korang yang tak pernah bertegur sapa ngan "html/css/xml" agak sukar untuk korang memahami sepenuh hati coding tersebut..mujurlah ada downloadable template kan jadi penyelamat..



Buatan/rekaan sendiri

Pemilikan
-Sepenuhnya milik kita sendiri..takdenye ada signature orang lain kat template tu..cuma kita sorang jek yang pakai template yang kite design sendiri tu..takkan laa orang lain nak pakai sama macam kita pulakkan..dari mana laa diorang rembat tu..

Sentiasa boleh diubah
-kalau korang rasa macam tak berpuashati dengan template yang dibuat..korang boleh edit codingnya tanpa menjejaskan keseluruhan template..maksud aku ialah kalau lah korang tak puas hati ngan kelebaran header dan kedudukannya korang boleh edit sendiri sama ada nak lebih besar/kecil, tinggi/rendah..semuanya ikot kekreatifan korang..

Medium pembelajaran
-macam2 korang boleh belajar bila reka sendiri sendiri template blog korang..aku pon banyak bertanya kat blogger-blogger lain macam mana nak buat tu...macam mana nak buat ni..asalkan dapat apa yang aku nak..memang laa banyak makan masa dan berisiko bila design sendiri..tapi bila hasilnya dah jadik depan mata..mestilah suka..takkan sedih lak kan..hahah

Boleh kurangkan berat "loading"
-bila dah design tu korang kene laa pandai-pandai optimized apa yang patot ada dan apa yang tak patot ada..dengan tu kadar load blog korang akan berkurang..sebagai contoh.background blog tersebut..bila dah design jangan laa gila gaban korang save high quality..paling maksimum jangan laa sampai ber MB..tu memang carik nahas..paling terbaik ialah KB..mujurlah size background aku cuma 60KB jek.. :D

*takde salah pon antara download sendiri mahupun design sendiri..itu semua terpulang..kalau yang dah mahir tu dari sini laa nak asah bakat..kalau yang belum mahir pon masih boleh belajar tweak sikit2 coding template tu..

Saturday, January 29, 2011

Penampilan Lady Gaga yang pelik..

Ok persoalan pertama bila aku tengok gambar-gambar ni ialah ape masalah minah ni?? aku tak tau nak panggil baju ke kostum ke ape mende ntah..










Thursday, January 27, 2011

Awek cun kaki games

hehehe ingat awek yang cun-cun suke maen mekap je ke?? tengok gambar kat bawah ni :













dan paaalinggg cute sekali........................................








Galeri syarikat pembangun permainan video D.O.T.A (Blizzard)

haa bagi penggemar Frozen throne a.k.a Dota ni aku tunjukkan serba sedikit laa gambar yang aku sempat amik masa melawat kat syarikat diorang tu..(ececeehh sembang lebih)..tak kurang macam office google dan facebook, fasiliti yang diorang ada juga tak kurang hebat dan cool..suasana santai boleh dilihat dari persekitaran syarikat diorang..

kat bawah ni sedikit gambar dan video yang aku selitkan untuk tatapan para penggemar Dota..bagi awek-awek yang benci ngan dota dek kerana tidak diendahkan oleh encik pakwe diorang masa melayan Dota boleh pergi main masak-masak ok??..hahahha :D
























p/s : sape2 yang ade garena id add laa aku.. :)