Tuesday, October 19, 2010

DOTA 2

DOTA, kalau sebut pasal dota jek mesti semua gamers tahu. tak kira la diorang main ke tak mende nih.. DOTA atau dengan nama saintifiknya Defense Of The Ancient merupakan permainan yang memerlukan dua kumpulan bertarung sesama sendiri dalam masa 40 minit atau lebih mengikut strategi kumpulan masing-masing. setiap pemain berpeluang mengawal hero kegemaran masing. hero tersebut akan memperoleh "gold" untuk membeli item dan menaikkan level hero masing-masing selama permainan berlangsung.

Sehingga kini, dota allstars sering dikemaskini dan diselenggara oleh IceFrog, iaitu dalang kepada Dota 2. ia telah bersama dengan Valve sejak dari 2009.

Valve. pembina permainan video yang bertapak di Washington, USA, iaitu syarikat yang sama membina permainan "first-person Shooter" (Half life). permainan yang lain popular ialah counter strike dan left 4 dead.



Dengan membangunnya permainan Dota 2, ia akan dapat memperkembangkan lagi empayar permainan ini dikalangan gamers lain. Konsep Dota 2 ini hampir sama dengan Dota yang lama, iaitu ia akan menggunakan hero-hero dari Dota Allstars lama. map lama masih akan ada. Bots juga akan mengambil alih permainan jika pemain disconnect. skill juga akan dinaik taraf sedikit daripada Dota AllStars. tetapi keseluruhan semuanya akan masih sama dari pandangan pemain yang lebih veteran.



dari sumber Dota 2 tidak akan keluar pada 2011. ahh tak keluar pon takpe. Dota lama pon aku tak explore lagik..(T_T)