Tuesday, July 27, 2010

"MACGYVER CINA" MEMBINA HELIKOPTER DARI KAYU


Petani bernama Wu Zhongyan berumur 20 tahun ni dengan kreatifnya telah membina helikopter beliau sendiri. helikopter tersebut dibuat hanya menggunakan kayu. (gilo).

Pengetahuan die dalam membina helikopter ni hanyalah melalui internet. bilah helikopter tersebut dibuat dari kayu, rangka diperkuatkan menggunakan besi paip dan menggunakan enjin motorsikal modenas kriss 110 :D..kos segala pembinaan memakan belanja sebanyak $1600. Wu mengatakan helikopter tersebut boleh "menaikkan" die setinggi 2,600 kaki.

Namun undang-undang telah menjadi penghalang untuk beliau terbang tinggi bagaikan burung yang bebas di udara..aicehh~..Kerajaan melarang Wu untuk terbang menggunakan helikopter tersebut oleh kerana sebab-sebab keselamatan. selain itu Wu tak mempunyai sebarang lesen. dia hanya mempunyai lesen motorsikal B2 dan lesen menjaja. woaahh!

walau ape pon kita doakan kejayaan Wu ye...(?????)